Usul perpindahan ibu negara Ibu negara Indonesia

Usul perpindahan ibu negara Indonesia telah lama dikemukakan sejak zaman pemerintahan Soekarno hingga zaman pemerintahan Susilo Bambang Yudhoyono. Presiden Yudhyono telah mendukung rancangan untuk membina sebuah kota politik dan pentadbiran baharu Indonesia kerana masalah alam sekitar dan populasi berlebihan kota Jakarta.[7][8]

Terdapat dua cadangan utama dalam usul ini, iaitu:[9]

  • Perpindahan ibu negara secara keseluruhan seperti Brazil yang memindahkan ibu negaranya dari Rio de Janeiro ke Brasília pada 1960.
  • Pengekalan status Jakarta sebagai ibu negara, tetapi pusat pentadbiran dipindahkan seperti perpindahan pusat pentadbiran Malaysia ke Putrajaya.

Rujukan

WikiPedia: Ibu negara Indonesia http://www.inilah.com/read/detail/798451/tiru-mala... http://news.okezone.com/read/2010/12/14/337/403406... http://politik.vivanews.com/news/read/169177-penda... http://www.dpr.go.id/dokjdih/document/uu/1430.pdf https://finance.detik.com/properti/d-4681152/resmi... https://nasional.kompas.com/read/2019/04/29/153845... https://books.google.co.id/books?hl=id&id=Vh0j32NR... https://www.nst.com.my/node/513260/ https://web.archive.org/web/20110710095436/http://... https://web.archive.org/web/20190818064705/http://...